Monday, March 7, 2011

tutup mulut!

ada satu hadith ada ckp, tiap kali menguap, kita kene tutup mulut --> ni aku dengar masa ceramah agama kt tv ari tu. kalo xtutup mulut nanti setan masuk. bila setan masuk dia akan hasut kita jadi malas...jadi cepat mengantuk.

mungkin sebab tu la aku asik tetido je kt meja opis...

dulu masa darjah 1, cikgu aku pon ckp benda sama. tp xde la pulak dia ckp ni dari hadith mana2. aku ingat sekadar nk suruh ktrg jadi sopan je bila menguap. masa tu masing2 xde gigi depan, so alangkah xsenonohnya masa menguap tu bukak mulut luas2 nampak rompong.

ok. aku dh merepek. so kene ingat, lepas ni bila menguap je...TUTUP MULUT!


p/s: perkara yg senang yg kdg2 aku lupa nk buat pon.

Sunday, February 13, 2011


"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.


Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.


Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.



maka berlapangkan la mereka pada yg merasa diri ni semakin kusut...

berkongsi ilmu dari mereka yang lebih mengetahui...


terima kasih
selamat mengahafal ^_^ hihi



Friday, January 14, 2011

14th: start a bright new day for the best ending

Kita tak dilahirkan sempurna.
kita perlukan kawan-kawan untuk ingatkan kita.
sebab apa?

eh, kan kita nak terus lepak2 bukan setakat kat dunia sahaja,
tapi kat syurga jugak kan!

bayangkan hari ni, kita boleh gelak ketawa di kedai kopi, cerita pasal hari-hari penat berkerja, dab apa-apalah. esok kalau kat syurga (amin!), kita boleh main futsal juga.

satu hal kita kena tanamkan sifat: "kalau kau masuk neraka, aku akan tarik kau keluar!"

tak kira, korang jangan sorang2 aje masuk syurga-ajaklaa gua sekali yeah!